20 Apr 2024

Mekan Lega Adat dan Budaya Perkahwinan Punan


Tahun 2023 hadir dalam program adat perkahwinan kaum Punan yang dikenali sebagai adat “mekan lega” di Kampung Punan Ba Belaga Sarawak. 

Dalam Bahasa Punan disebut mekan lega dan kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu dimana mekan= beri dan lega = nilai/harga. Jadi terjemahanya iailah beri nilai/harga. Dalam konteks adat perkahwinan kaum Punan memberi nilai kepada isteri. (Menghargai wanita dalam perkahwinan).

Mekan lega merupakan adat perkahwinan Punan sejak turun temurun. Tujuan adat mekan lega adalah bagi memastikan tujuan asas perkahwinan itu lengkap dan sempurna melalui pemberian nilai/harga kepada isteri oleh suami. Dalam erti kata lain sebagai tanda menghargai golongan isteri melalui pemberian belian, peralatan, kain, pakaian, wang dan sebagainya barangan kehidupan pasangan yang telah berkahwin.

Adat mekan lega boleh dilaksanakan apabila sah menjadi suami isteri dan boleh diberikan ketika awal perkahwinan atau bila-bila masa selagi masih bergelar suami isteri sampai ke anak cucu.

Dahulu Adat mekan lega ini dilaksanakan mengikut kategori iaitu golongan raja, golongan biasa (panyin) dan golongan hamba (lipen) tetapi sekarang ini zaman moden kebanyakan mengikut adat golongan biasa (panyin).

“Mekan lega” dikenali juga sebagai “mekan lalit” dan “mekan belian”. Adat mekan lega adalah pemberian wang atau barangan kepada isteri sebagai tanda adat perkahwinan Punan seperti berikut:

Versi Mekan Lega Zaman Moden :

  1. Lalit terdiri daripada barangan seperti berikut:-
    • Pilik ( barangan tembaga/manik, parang)
    • Selilit ( barangan kain/baju)
  2. Kano ( Peralatan Memasak) terdiri daripada
    • Dapur memasak
    • Periuk nasi
    • Periuk sayur
    • Sudu
    • Senduk
  3. Belian terdiri daripada barangan seperti berikut
    • Gong ( tetawak) sebagai kepala belian (utok belian - wajib ada
  4. Pakaian atau kain seperti kain sarong batik.

Versi Mekan Lega Zaman Dahulu:-
  1. Pilik
  2. Selilit
  3. Terendak ( sawong)
  4. Pengayuh ( besai)
  5. Tikar ( wood)
  6. Pelindung barangan ( samet)
  7. Kano - Peralatan pinggan, sudu, senduk dan sebagainya
  8. Dapur memasak kaki tiga ( angan tolu beti)
  9. Belian terdiri daripada
    • Gong ( Tetawau) - kepala belian ( utok belian)
  10. Pakaian atau kain seperti kain sarung, batik dan sebagainya
Keunikan yang diperhatikan iailah cara dari turun temurun pemberian mekan harga adalah secara gotong royong dan barangan seperti kain sarong batik, tembaga, belian boleh disedekahkan atau disumbangkan oleh keluarga terdekat sebelah lelaki.

Upacara penghantaran lega/ lalit/ belian ini dimulakan dengan rombongan membawa barangan diiringi tarian su-way dan muzik tradisional sape secara beramai-ramai.

Sampai di rumah sebelah keluarga wanita, pasangan suami isteri biasanya duduk macam bersanding menggunakan baju tradisional Punan (jika ada) dan majlis dimulakan dengan doa bungan atau mengikut agama masing-masing.

Seterusnya ketua adat/ketua kampung/wakil keluarga kelaki memberi ucapan/ penerangan dan nilai adat mekan lega bagi memastikan semua syarat-syarat mekan lega dipenuhi mengikut standard yang ditetapkan.

Diakhir majlis biasanya penilaian harga atau nilai mekan lega boleh  disimpulkan melalui nilai ringgit atau standard minimum barangan adat yang ada. 

Nilai mekan lega yang baik bukanlah nilai ribuan ringgit tetapi yang paling ideal adalah nilai keikhlasan, kasih sayang, kebahagiaan, kerjasama, kesetiaan, pengorbanan, dan kecintaan pasangan suami isteri bagi memastikan perkahwinan terus kekal berpanjangan dan dirahmati Tuhan.

Antara Soalan Lazim
  1. Apakah Adat Mekan Lega terhad untuk pasangan isteri berbangsa Punan sahaja?
    • Wajib bagi adat mekan lega selagi anda berbangsa Punan. Jika anda lelaki Punan berkahwin dengan gadis melayu ke, gadis cina ke, gadis kayanke, gadis ibanke, gadis kenyahke dan sebagainya, wajib mekan lega kepada pasangan anda.
  2. Saya ada anak perempuan yang telah berkahwin tetapi saya belum memberi lega kepada isteri saya. Adakah boleh suami kepada anak perempuan saya boleh beri lega kepada isterinya?
    • Tidak boleh. Ayah kepada anak perempuan tersebut kena lakukan terlebih dahulu adat mekan lega kepada isterinya. Sebaik sahaja ayahnya selesai bagi mekan lega kepada isterinya, barulah mekan lega untuk anak-anak perempuannya boleh dibuat.

Nota :- Maklumat yang dipaparkan ini hanya sumber lisan yang didengar ketika program diadakan. Jika ada kesilapan akan dikemaskini dari masa ke semasa.






8 Apr 2024

Kulim Terbang Tinggi?

Berdiri disebelah kiri sekali semasa lawatan di Kilang First Solar Di Kulim - Kilang Teknologi Solar

Terlibat dalam proses kelulusan pelan pemajuan di OSC Majlis Perbandaran Kulim bermula tahun 2020. Proses pemajuan bermula dari proses perundingan, kelulusan pelan, mula kerja ditapak, pemeriksaan tapak dan sehingga bangunan siap mendapat sijil CCC. Antara pelan pemajuan sebagai kawalan perancangan bandar adalah seperti berikut:

  1. Pelan Kebenaran Merancang
  2. Pelan Kerja Tanah
  3. Pelan Jalan dan Parit
  4. Pelan Lampu Jalan
  5. Pelan Landskap
  6. Pelan Nama Taman dan Jalan
  7. Pelan Bangunan
  8. Pelan Konkrit Tetulang
  9. Pelan Sanitari
  10. Lain-Lain Pelan yang berkaitan jika ada

Kulim berhasrat terbang tinggi berdasarkan faktor seperti berikut:

  1. Dua PBT sebagai pengurus bandar iaitu PBT Majlis Perbandaran Kulim dan PBT Hi-Tech sebagai pemangkin mempercepatkan proses pembangunan perindustrian di Utara Tanahair
  2. Terkenal sebagai taman perindustrian berteknologi tinggi oleh inisiatif kerajaan persekutuan dengan kerjasama negeri dan PBT Hi-Tech
  3. Lokasi yang strategik di koridor pembangunan bersempadan dengan Pulau Pinang dan Bandar Sungai Petani.
  4. Kemudahsampaian Jaringan jalan dan highway yang mudah dan baik untuk aktiviti pengangkutan barangan.
  5. Tawaran kesediaan tanah dengan kos yang masih rendah untuk projek perkilangan, komersil dan perumahan.
Antara Aktiviti Pemajuan Kilang oleh pelabur di Kulim seperti berikut:
  1. AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd
  2. First Solar
  3. Ferrotec Manufacturing Malaysia Sdn Bhd
  4. Everbest Biotetech Sdn Bhd
  5. Inokom Corporation Sdn Bhd
  6. Eve Energy Malaysia Sdn Bd
  7. Schott Glass
  8. Panasonic Solar Energy Malaysia Sdn Bhd
  9. Tiong Nam Logistics Solutions
  10. Dan banyak lagi yang lain
Kepada para pelabur, pemaju dan semua pihak berkepentingan yang ingin dan berkenan untuk menjalankan aktiviti pemajuan dan perniagaan di Kulim boleh dapatkan nasihat perancangan dan semakan di PBT Kulim seperti di bawah:-


Sama ada Kulim boleh terbang tinggi sampai awan biru bergantung sepenuhnya kepada komitmen penuh tenaga kerja kelas pertama, teknologi tinggi dan prosedur kerja menekankan konsep menjual kecekapan dan produktiviti.

Antara Gambar JK OSC yang meluluskan pelan pemajuan di OSC secara dalam talian (Online)

Akhir sekali selamat datang ke bandar Kulim Kedah. Moga urusan anda disini membuahkan hasil kejayaan dan kesejahteraan.

Sekian moga maju jaya



Sistem Online

   Sistem online yang akan sentiasa menjadi rujukan adalah seperti berikut: https://osc3plus.kpkt.gov.my https://mail.mpkk.gov.my https://hr...