Berdiri disebelah kiri sekali semasa lawatan di Kilang First Solar Di Kulim - Kilang Teknologi Solar
Terlibat dalam proses kelulusan pelan pemajuan di OSC Majlis Perbandaran Kulim bermula tahun 2020. Proses pemajuan bermula dari proses perundingan, kelulusan pelan, mula kerja ditapak, pemeriksaan tapak dan sehingga bangunan siap mendapat sijil CCC. Antara pelan pemajuan sebagai kawalan perancangan bandar adalah seperti berikut:
- Pelan Kebenaran Merancang
- Pelan Kerja Tanah
- Pelan Jalan dan Parit
- Pelan Lampu Jalan
- Pelan Landskap
- Pelan Nama Taman dan Jalan
- Pelan Bangunan
- Pelan Konkrit Tetulang
- Pelan Sanitari
- Lain-Lain Pelan yang berkaitan jika ada
Kulim berhasrat terbang tinggi berdasarkan faktor seperti berikut:
- Dua PBT sebagai pengurus bandar iaitu PBT Majlis Perbandaran Kulim dan PBT Hi-Tech sebagai pemangkin mempercepatkan proses pembangunan perindustrian di Utara Tanahair
- Terkenal sebagai taman perindustrian berteknologi tinggi oleh inisiatif kerajaan persekutuan dengan kerjasama negeri dan PBT Hi-Tech
- Lokasi yang strategik di koridor pembangunan bersempadan dengan Pulau Pinang dan Bandar Sungai Petani.
- Kemudahsampaian Jaringan jalan dan highway yang mudah dan baik untuk aktiviti pengangkutan barangan.
- Tawaran kesediaan tanah dengan kos yang masih rendah untuk projek perkilangan, komersil dan perumahan.
Antara Aktiviti Pemajuan Kilang oleh pelabur di Kulim seperti berikut:
- AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd
- First Solar
- Ferrotec Manufacturing Malaysia Sdn Bhd
- Everbest Biotetech Sdn Bhd
- Inokom Corporation Sdn Bhd
- Eve Energy Malaysia Sdn Bd
- Schott Glass
- Panasonic Solar Energy Malaysia Sdn Bhd
- Tiong Nam Logistics Solutions
- Dan banyak lagi yang lain
Kepada para pelabur, pemaju dan semua pihak berkepentingan yang ingin dan berkenan untuk menjalankan aktiviti pemajuan dan perniagaan di Kulim boleh dapatkan nasihat perancangan dan semakan di PBT Kulim seperti di bawah:-
Sama ada Kulim boleh terbang tinggi sampai awan biru bergantung sepenuhnya kepada komitmen penuh tenaga kerja kelas pertama, teknologi tinggi dan prosedur kerja menekankan konsep menjual kecekapan dan produktiviti.
Antara Gambar JK OSC yang meluluskan pelan pemajuan di OSC secara dalam talian (Online)
Akhir sekali selamat datang ke bandar Kulim Kedah. Moga urusan anda disini membuahkan hasil kejayaan dan kesejahteraan.
Sekian moga maju jaya



Tiada ulasan:
Catat Ulasan