Dalam kehidupan ini sejak awal akil baligh hingga sekarang pelbagai ujian dan dugaan hidup akan kita temui. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Jika ujian tersebut sakit, merana, buntu, stress, rasa kecewa dan sebagainya, jangan terus berputus asa sebab Tuhan Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang akan memberi jalan keluar dan hikmah kepada Hamba-HambaNya yang ingin mengetahui dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup seperti berikut:-.
- Sentiasa berfikiran positif dan berlapang dada bahawa ilmu pengetahuan dan ujian hidup yang dihadapi dan diberikan oleh Tuhanmu adalah secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian diri kita sendiri.
- Elakan banyak bercakap kosong dan mengumpat
- Jangan ada rasa syak wasangka dan berdengki-dengkian
- Jangan ada rasa dendam dalam hati
- Jangan banyak menghukum dan menyalahkan orang lain
- Jangan menyombang diri
- Banyakan berdiam diri sebab awal ilmu pengetahuan adalah diam.
- Berdoa tunjukkan ke jalan yang Lurus, jalan yang direhdai Tuhan, minta jauhkan diri dari hasad dengki manusia dan minta jauhkan diri dari syaitan dan iblis
- Membaca buku yang memberi manfaat iaitu buku-buku mengenal diri dan mengenal Tuhan dari guru yang Mursyid bukan dari Ahli Kitab atau Ulamak (Pembesar Agama) yang suka campurkan yang haq dan batil.
- Jangan ikut kebanyakan manusia iaitu ikut-ikutan tapi fikirlah sejenak menggunakan akal atau berjumpa dengan orang-orang yang berakal yang mewarisi ilmu makriffatullah sebab berfikir sejenak itu lebih baik daripada beribadat beribu tahun.
Hamba-hambaNya yang ingin mengetahui adalah hamba-hambaNya yang mencari jalan dan mengenali Tuhannya melalui perjalanan tarikat, hakiqat dan makrifat melalui guru yang murysid yang mewarisi ilmu makrifattulah berdasarkan pengalaman di lapangan dan dalil-dalil atau ayat-ayat Tuhan (Kalam Allah) dalam kitab Al-Quran atau kitab agama masing-masing.
Bukan mudah untuk ketemui ahli alifullah (Orang Makrifat/Sufi) sebab perhiasan orang sufi bukan seperti para ahli kitab atau ulamak yang kamu gambarkan, tetapi percaya lah jika kita banyak membuat kebaikan, hati yang bersih, berlapang dada, banyak berdiam diri tetapi mempunyai doa yang berterusan, pastinya Tuhan akan beri kepada hambaNya yang ingin mengetahui ke jalan lurus dengan ujian dan dugaan hidup yang tersendiri.
Dengan ketemui jalan yang lurus akan memberi nilai tambah kepada kamu untuk membawa diri di dunia ini yang penuh dengan tipu daya atau kemusylihatan dengan mengikut kebanyakan orang atau ikut-ikutan sahaja tetapi akan dapat menilai yang mana haq dan yang mana batil dengan petunjuk jalan lurus yang ada dalam diri kamu sendiri.
Moga berjaya dan mencapai kemenangan mencari Tuhanmu.
.png)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan