Perancangan bandar bukan sekadar tentang pembangunan fizikal atau spatial, tetapi ia juga tentang membina komuniti yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.
Ingatlah, 'Town planning is about facilitation'. Peranan semua perancang bandar dalam era baharu pembangunan negara pada masa hadapan amat penting dan tidak dapat disangkal.
Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negara Malaysia tahun 2024 telah disambut dengan bertemakan ‘Sedaya Upaya Membina Bandar Mampan dan Pintar #DemiPertiwi’ selaras dengan pembangunan negara ke arah Bandar Pintar yang mampan.
Mengikut rekod catatan sejarah dan latar belakang, Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia adalah ilham dan usaha Prof. Carlos Maria Della Paolera, seorang cendikiawan Perancangan Bandar terkenal dari Universiti Buenos Aires Argentina.
Pada tahun 1949, beliau mencadangkan penubuhan satu organisasi perancangan bandar antarabangsa dan menetapkan 8 November setiap tahun sebagai Hari Perancangan Bandar Sedunia.
Di Malaysia, sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia buat pertama kalinya telah diadakan sejak tahun 1988.
Perancangan Bandar dan Desa memberi pengajaran dan erti hidup yang mampan dan bersepadu dalam mencari jalan kepadaNya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang memberi petunjuk jalan lurus dan ilmu yang haq.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan