26 Apr 2024

Merancang Desa Pribumi Suku Kaum Punan di Punan Ba Sungai Toba

Lukisan ini ada di peringkat idea dan kegunaan akademik sahaja dan belum muktamad

1. Hari ini telah siap draf pelan susun atur cadangan kampung Punan Ba Sungai Toba dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Punan Ba Sungai Toba kerana sudi berkongsi tapak untuk menyediakan idea dan cadangan lukisan bagi pembelajaran dalam bidang perancangan bandar dan desa sahaja.

2. Lukisan pelan ini dibuat sebagai sebagai panduan supaya idea perancangan kampung suku kaum Punan di Punan Ba Sungai Toba lebih teratur, tersusun, sistematik dan memberi semangat baharu dalam industri pembinaan desa yang mampan, ideal, mesra alam dan boleh menonjolkan identiti kaum Punan.

3. Lukisan ini belum muktamad dan hanya diperingkat idea dan kegunaan akademik atau pembelajaran sahaja dalam bidang perancangan bandar dan desa.

4. Semoga penduduk suku kaum Punan di Punan Ba, terus sihat, baik hati, sejahtera dan maju jaya.

5. Jika ada silap dan salah, pelan ini boleh dipinda mengikut kesesuaian dan boleh ditambahbaik dari masa ke semasa. Bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih.

https://akubersamakamu.blogspot.com/2024/04/merancang-desa-pribumi-kaum-punan-di.html

#perancangbandar
#punan 






20 Apr 2024

Mekan Lega Adat dan Budaya Perkahwinan Punan


Tahun 2023 hadir dalam program adat perkahwinan kaum Punan yang dikenali sebagai adat “mekan lega” di Kampung Punan Ba Belaga Sarawak. 

Dalam Bahasa Punan disebut mekan lega dan kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu dimana mekan= beri dan lega = nilai/harga. Jadi terjemahanya iailah beri nilai/harga. Dalam konteks adat perkahwinan kaum Punan memberi nilai kepada isteri. (Menghargai wanita dalam perkahwinan).

Mekan lega merupakan adat perkahwinan Punan sejak turun temurun. Tujuan adat mekan lega adalah bagi memastikan tujuan asas perkahwinan itu lengkap dan sempurna melalui pemberian nilai/harga kepada isteri oleh suami. Dalam erti kata lain sebagai tanda menghargai golongan isteri melalui pemberian belian, peralatan, kain, pakaian, wang dan sebagainya barangan kehidupan pasangan yang telah berkahwin.

Adat mekan lega boleh dilaksanakan apabila sah menjadi suami isteri dan boleh diberikan ketika awal perkahwinan atau bila-bila masa selagi masih bergelar suami isteri sampai ke anak cucu.

Dahulu Adat mekan lega ini dilaksanakan mengikut kategori iaitu golongan raja, golongan biasa (panyin) dan golongan hamba (lipen) tetapi sekarang ini zaman moden kebanyakan mengikut adat golongan biasa (panyin).

“Mekan lega” dikenali juga sebagai “mekan lalit” dan “mekan belian”. Adat mekan lega adalah pemberian wang atau barangan kepada isteri sebagai tanda adat perkahwinan Punan seperti berikut:

Versi Mekan Lega Zaman Moden :

  1. Lalit terdiri daripada barangan seperti berikut:-
    • Pilik ( barangan tembaga/manik, parang)
    • Selilit ( barangan kain/baju)
  2. Kano ( Peralatan Memasak) terdiri daripada
    • Dapur memasak
    • Periuk nasi
    • Periuk sayur
    • Sudu
    • Senduk
  3. Belian terdiri daripada barangan seperti berikut
    • Gong ( tetawak) sebagai kepala belian (utok belian - wajib ada
  4. Pakaian atau kain seperti kain sarong batik.

Versi Mekan Lega Zaman Dahulu:-
  1. Pilik
  2. Selilit
  3. Terendak ( sawong)
  4. Pengayuh ( besai)
  5. Tikar ( wood)
  6. Pelindung barangan ( samet)
  7. Kano - Peralatan pinggan, sudu, senduk dan sebagainya
  8. Dapur memasak kaki tiga ( angan tolu beti)
  9. Belian terdiri daripada
    • Gong ( Tetawau) - kepala belian ( utok belian)
  10. Pakaian atau kain seperti kain sarung, batik dan sebagainya
Keunikan yang diperhatikan iailah cara dari turun temurun pemberian mekan harga adalah secara gotong royong dan barangan seperti kain sarong batik, tembaga, belian boleh disedekahkan atau disumbangkan oleh keluarga terdekat sebelah lelaki.

Upacara penghantaran lega/ lalit/ belian ini dimulakan dengan rombongan membawa barangan diiringi tarian su-way dan muzik tradisional sape secara beramai-ramai.

Sampai di rumah sebelah keluarga wanita, pasangan suami isteri biasanya duduk macam bersanding menggunakan baju tradisional Punan (jika ada) dan majlis dimulakan dengan doa bungan atau mengikut agama masing-masing.

Seterusnya ketua adat/ketua kampung/wakil keluarga kelaki memberi ucapan/ penerangan dan nilai adat mekan lega bagi memastikan semua syarat-syarat mekan lega dipenuhi mengikut standard yang ditetapkan.

Diakhir majlis biasanya penilaian harga atau nilai mekan lega boleh  disimpulkan melalui nilai ringgit atau standard minimum barangan adat yang ada. 

Nilai mekan lega yang baik bukanlah nilai ribuan ringgit tetapi yang paling ideal adalah nilai keikhlasan, kasih sayang, kebahagiaan, kerjasama, kesetiaan, pengorbanan, dan kecintaan pasangan suami isteri bagi memastikan perkahwinan terus kekal berpanjangan dan dirahmati Tuhan.

Antara Soalan Lazim
  1. Apakah Adat Mekan Lega terhad untuk pasangan isteri berbangsa Punan sahaja?
    • Wajib bagi adat mekan lega selagi anda berbangsa Punan. Jika anda lelaki Punan berkahwin dengan gadis melayu ke, gadis cina ke, gadis kayanke, gadis ibanke, gadis kenyahke dan sebagainya, wajib mekan lega kepada pasangan anda.
  2. Saya ada anak perempuan yang telah berkahwin tetapi saya belum memberi lega kepada isteri saya. Adakah boleh suami kepada anak perempuan saya boleh beri lega kepada isterinya?
    • Tidak boleh. Ayah kepada anak perempuan tersebut kena lakukan terlebih dahulu adat mekan lega kepada isterinya. Sebaik sahaja ayahnya selesai bagi mekan lega kepada isterinya, barulah mekan lega untuk anak-anak perempuannya boleh dibuat.

Nota :- Maklumat yang dipaparkan ini hanya sumber lisan yang didengar ketika program diadakan. Jika ada kesilapan akan dikemaskini dari masa ke semasa.






Sistem Online

   Sistem online yang akan sentiasa menjadi rujukan adalah seperti berikut: https://osc3plus.kpkt.gov.my https://mail.mpkk.gov.my https://hr...