1 Dis 2024

Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2024

 

Perancangan bandar bukan sekadar tentang pembangunan fizikal atau spatial, tetapi ia juga tentang membina komuniti yang inklusif, mampan dan berdaya tahan. 

 Ingatlah, 'Town planning is about facilitation'. Peranan semua perancang bandar dalam era baharu pembangunan negara pada masa hadapan amat penting dan tidak dapat disangkal.

Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negara Malaysia tahun 2024 telah disambut dengan bertemakan ‘Sedaya Upaya Membina Bandar Mampan dan Pintar #DemiPertiwi’ selaras dengan pembangunan negara ke arah Bandar Pintar yang mampan. 

Mengikut rekod catatan sejarah dan latar belakang, Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia adalah ilham dan usaha Prof. Carlos Maria Della Paolera, seorang cendikiawan Perancangan Bandar terkenal dari Universiti Buenos Aires Argentina.

Pada tahun 1949, beliau mencadangkan penubuhan satu organisasi perancangan bandar antarabangsa dan menetapkan 8 November setiap tahun sebagai Hari Perancangan Bandar Sedunia.

Di Malaysia, sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia buat pertama kalinya telah diadakan sejak tahun 1988.

Perancangan Bandar dan Desa memberi pengajaran dan erti hidup yang mampan dan bersepadu dalam mencari jalan kepadaNya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang memberi petunjuk jalan lurus dan ilmu yang haq.


 

26 Apr 2024

Merancang Desa Pribumi Suku Kaum Punan di Punan Ba Sungai Toba

Lukisan ini ada di peringkat idea dan kegunaan akademik sahaja dan belum muktamad

1. Hari ini telah siap draf pelan susun atur cadangan kampung Punan Ba Sungai Toba dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Punan Ba Sungai Toba kerana sudi berkongsi tapak untuk menyediakan idea dan cadangan lukisan bagi pembelajaran dalam bidang perancangan bandar dan desa sahaja.

2. Lukisan pelan ini dibuat sebagai sebagai panduan supaya idea perancangan kampung suku kaum Punan di Punan Ba Sungai Toba lebih teratur, tersusun, sistematik dan memberi semangat baharu dalam industri pembinaan desa yang mampan, ideal, mesra alam dan boleh menonjolkan identiti kaum Punan.

3. Lukisan ini belum muktamad dan hanya diperingkat idea dan kegunaan akademik atau pembelajaran sahaja dalam bidang perancangan bandar dan desa.

4. Semoga penduduk suku kaum Punan di Punan Ba, terus sihat, baik hati, sejahtera dan maju jaya.

5. Jika ada silap dan salah, pelan ini boleh dipinda mengikut kesesuaian dan boleh ditambahbaik dari masa ke semasa. Bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih.

https://akubersamakamu.blogspot.com/2024/04/merancang-desa-pribumi-kaum-punan-di.html

#perancangbandar
#punan 






Sistem Online

   Sistem online yang akan sentiasa menjadi rujukan adalah seperti berikut: https://osc3plus.kpkt.gov.my https://mail.mpkk.gov.my https://hr...