7 Apr 2024

Kenapa Roh Kudus Menyoal?

Semasa dalam perut ibumu, dirimu masih bersatu dengan tali Allah atau cahaya Allah (Nurrullah) iaitu mailaikat dirimu sendiri yang dikenali sebagai dzat maujud/Allah, sifat maujud/Allah ( penglihatan), Asma maujud/Allah ( pendengaran) dan Afaal maujud/Allah ( kaki tangan) bersama roh kudus dan berjanji dengan Tuhanmu bahawa apabila diturunkan ke dunia, perlu mencari jalan untuk mengenal kepada Tuhanmu disebabkan perjalanan mencari Tuhan masa lalu masih terkandas.

Sebaik sahaja dilahirkan dari perut ibumu, dirimu ketika itu bayi terus menangis sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu pun dan dingatkan lagi supaya jangan lupa untuk mengenal Tuhanmu melalui petunjuk azan yang biasanya diazankan ditelinga mu.

Perjalanan dirimu di dunia adalah bermula ketika dirimu berumur akil baligh sehingga hari dijemput menghadap kematian, pelbagai ujian dan nikmat hidup ditempuhi. Sama ada dirimu mengikut kebanyakan orang didunia ini dan ikut ikutan kebanyakan orang yang tidak mendapat petunjuk yang akan menyesatkan dirimu atau tidak ditempatkan dengan orang-orang beriman didunia ini, perjalanan mengenal Tuhan akan menjadi lebih sukar.

Sebaliknya jika perjalanan dirimu didunia ini mendapat rahmat dan ditunjuki jalan kepada-Nya serta ditempatkan dengan orang-orang yang beriman didunia ini dimana orang seperti ini adalah sangat sedikit bilangannya tetapi  mewarisi ilmu makrifattulah yang mempunyai sedikit pengetahuan berkenaan roh atau perkhabaran ghaib serta petunjuk jalan lurus, perjalanan mencari Tuhan akan menjadi lebih mudah jika dirimu adalah hamba-hamba-Nya yang ingin mengetahui dan dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus melalui guru yang mursyid sebab Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.

Apabila kita menghadap maut, masa itu lah kita disoal oleh mailaikat diri kita sendiri yang biasanya dikenali sebagai mungkar dan nankir.

Mailaikat mungkar adalah dzat maujud/Allah kita sendiri dan dia lah yang menyoal dan menjadi hakim ke atas diri kita sendiri.

Manakala yang menjadi saksi juga adalah mailaikat diri kamu sendiri yang terdiri daripada sifat maujud/Allah ( Penglihatan), Asma maujud/Allah ( pendengaran) dan Afaal maujud/Allah ( kaki tangan). Mereka adalah wali wali Allah yang bertanggunjawab ke atas setiap perbuatan yang kita lakukan semasa kita hidup didunia.

Mailaikat nankir adalah roh kudus iaitu kulit mu bercakap juga menyoal diri kita sendiri ketika berlaku kematian sebab roh kudus merupakan sarong diri batin kita untuk pulang ke akhirat. 

Kenapa roh kudus menyoal?

Kerana dia akan menuntut, kenapa kamu tidak mencari dia semasa hidup didunia.

Sehubungan itu, jika tidak mahu diri disoal semasa pulang ke akhirat dan ketika menghadap kematian oleh dzat Allah dan Roh kudus yang disaksikan oleh sifat, asma dan afaal Allah, berdoalah dan berusaha lah mencari jalan kepada-Nya dan mengenal tuhan semasa hidup di dunia ini dengan hati yang penuh dengan cahaya dan limpah kurnia-Nya.

Moga ditemuikan dengan guru mursyid dikalangan orang-orang beriman dan orang-orang mukmin yang mewarisi ilmu makriffatulah dan mempunyai hati yang bersih, terbuka, tiada hasad dengki, berlapang dada, tiada dendam, berprasangka baik dan tulus ikhlas.


#petunjukjalanlurus

#akubersamakamu


4 Apr 2024

Yang ni ok. alhamdulillah sedap. Tiada nak komen apa.

Penyaram Gula Apong antara kuih tradisi yang popular di Sarawak yang mempunyai peminat yang tersendiri dan menjadi makanan pilihan sejak turun temurun. Terkini bukan sahaja, Penyaram Gula Apong boleh didapati di Sarawak tetapi juga boleh di dapati di negeri utara tanah air Semenanjung Malaysia.

Kebanyakan penjual dan pembeli di negeri Semenanjung Malaysia mengenali kuih ini sebagai cucur jawa dan kuih topi. Kebanyakan cucur jawa yang dijual menggunakan gula merah atau gula melaka.

Di negeri Sememanjung Malaysia harga penyaram gula apong agak mahal sedikit berbanding penyaram gula merah disebabkan gula apong hanya mudah diperoleh atau diimport dari Sarawak.

Antara maklum balas pelanggan berkenaan penyarom gula apong adalah seperti di bawah:-

Sebagai promosi makanan Sarawak dan kepada yang ingin mencuba boleh hubungi atau berjalan-jalan cari vendor makanan yang terdapat di Pulau Pinang dan Kedah.


Selamat mencuba....

Sistem Online

   Sistem online yang akan sentiasa menjadi rujukan adalah seperti berikut: https://osc3plus.kpkt.gov.my https://mail.mpkk.gov.my https://hr...