3 Apr 2024

Berita Gembira - Jalan Menuju Insan Kamil

 


Buku kitab Jalan Menuju Insan Kamil ini adalah salah satu petunjuk jalan yang lurus dan menjadi berita gembira kepada hamba-hamba-Nya yang ingin mengetahui dan dikehendaki-Nya untuk menuju insan kamil.

Ianya suatu ilmu yang akan menjadi nur di hari pengadilan atau semasa kembali ke rahmat Allah bagi hamba-hamba-Nya beriman dan hamba-hamba-Nya yang mukmin yang berpegang teguh dengan tali Allah.

Tali Allah adalah al quran yang hidup dalam diri atau mailaikat diri iaitu Dzat, Sifat, Asma dan Af’aal Allah yang perlu dikenali sebelum mengenal Rasul dan Allah Maha Esa.

Bacalah dengan hati yang terbuka dengan doa ditunjukki kepada jalan yang lurus. Jalan lurus yang direhdai oleh Allah yang akan menuju kepada kejayaan dan kemenangan bukannya jalan-jalan sesat yang Allah murkai..

Selamat membaca…

2 Apr 2024

Komputer Pertama Tahun 2003


 
Gambar Komputer pertama yang digunakan semasa mula-mula menjejak kaki untuk menuntut ilmu Perancangan Bandar dan Wilayah di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor tahun 2003. Ketika itu harga komputer jenis ini diantara RM3000.00 Hingga RM3500.00. 
Gambar ini diambil di Kolej 9 Ketika itu...

Sistem Online

   Sistem online yang akan sentiasa menjadi rujukan adalah seperti berikut: https://osc3plus.kpkt.gov.my https://mail.mpkk.gov.my https://hr...