17 Dis 2024

Sistem Online

 

 Sistem online yang akan sentiasa menjadi rujukan adalah seperti berikut:

  1. https://osc3plus.kpkt.gov.my
  2. https://mail.mpkk.gov.my
  3. https://hrmis2.eghrmis.gov.my
  4. https://dashboardpay.kpkt.gov.my
  5. https://portalosc.kpkt.gov.my 
  6. https://ebayar.penang.gov.my/login
  7. https://erayuan.penang.gov.my/
  8. https://akubersamakamu.blogspot.com
  9. https://oca.eikhlas.com.my
  10.  https://partners.takaful-ikhlas.com.my
  11. https://www.go-prime.com.my/sign/in

8 Dis 2024

Dia Beri Kepada HambaNya yang Ingin Mengetahui

 

Dalam kehidupan ini sejak awal akil baligh hingga sekarang pelbagai ujian dan dugaan hidup akan kita temui. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Jika ujian tersebut sakit, merana, buntu, stress, rasa kecewa dan sebagainya, jangan terus berputus asa sebab Tuhan Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang akan memberi jalan keluar dan hikmah kepada Hamba-HambaNya yang ingin mengetahui dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup seperti berikut:-.

  • Sentiasa berfikiran positif dan berlapang dada bahawa ilmu pengetahuan dan ujian hidup yang dihadapi dan diberikan oleh Tuhanmu adalah secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian diri kita sendiri.
  • Elakan banyak bercakap kosong dan mengumpat
  • Jangan ada rasa syak wasangka dan berdengki-dengkian
  • Jangan ada rasa dendam dalam hati
  • Jangan banyak menghukum dan menyalahkan orang lain
  • Jangan menyombang diri
  • Banyakan berdiam diri sebab awal ilmu pengetahuan adalah diam.
  • Berdoa tunjukkan ke jalan yang Lurus, jalan yang direhdai Tuhan, minta jauhkan diri dari hasad dengki manusia dan minta jauhkan diri dari syaitan dan iblis
  • Membaca buku yang memberi manfaat iaitu buku-buku mengenal diri dan mengenal Tuhan dari guru yang Mursyid bukan dari Ahli Kitab atau Ulamak (Pembesar Agama) yang suka campurkan yang haq dan batil.
  • Jangan ikut kebanyakan manusia iaitu ikut-ikutan tapi fikirlah sejenak menggunakan akal atau berjumpa dengan orang-orang yang berakal yang mewarisi ilmu makriffatullah sebab berfikir sejenak itu lebih baik daripada beribadat beribu tahun. 

Hamba-hambaNya yang ingin mengetahui adalah hamba-hambaNya yang mencari jalan dan mengenali Tuhannya melalui perjalanan tarikat, hakiqat dan makrifat melalui guru yang murysid yang mewarisi ilmu makrifattulah berdasarkan pengalaman di lapangan dan dalil-dalil atau ayat-ayat Tuhan (Kalam Allah) dalam kitab Al-Quran atau kitab agama masing-masing. 

Bukan mudah untuk ketemui ahli alifullah (Orang Makrifat/Sufi) sebab perhiasan orang sufi bukan seperti para ahli kitab atau ulamak yang kamu gambarkan, tetapi percaya lah jika kita banyak membuat kebaikan, hati yang bersih, berlapang dada, banyak berdiam diri tetapi mempunyai doa yang berterusan, pastinya Tuhan akan beri kepada hambaNya yang ingin mengetahui ke jalan lurus dengan ujian dan dugaan hidup yang tersendiri.

Dengan ketemui jalan yang lurus akan memberi nilai tambah kepada kamu untuk membawa diri di dunia ini yang penuh dengan tipu daya atau kemusylihatan dengan mengikut kebanyakan orang atau ikut-ikutan sahaja tetapi akan dapat menilai yang mana haq dan yang mana batil dengan petunjuk jalan lurus yang ada dalam diri kamu sendiri.

Moga berjaya dan mencapai kemenangan mencari Tuhanmu.

 


7 Dis 2024

Perkhidmatan Awam Malaysia Berprestasi Tinggi



7 Disember 2024

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) KE PBT MAJLIS PERBANDARAN KULIM KEDAH

Perancang Bandar (OSC) turut hadir mendengar ucapan KSN. Antara yang menarik adalah berkenaan Perkhidmatan Awam Malaysia Berprestasi Tinggi melalui proses kepimpinan, tanggungjawab, produktiviti, daya saing, rasuah, integriti, data terbuka, pendigitalan, reformasi, cabaran, taatsetia, penambahbaikan berterusan (Islah) dan Nilai Malaysia.

1 Dis 2024

Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2024

 

Perancangan bandar bukan sekadar tentang pembangunan fizikal atau spatial, tetapi ia juga tentang membina komuniti yang inklusif, mampan dan berdaya tahan. 

 Ingatlah, 'Town planning is about facilitation'. Peranan semua perancang bandar dalam era baharu pembangunan negara pada masa hadapan amat penting dan tidak dapat disangkal.

Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negara Malaysia tahun 2024 telah disambut dengan bertemakan ‘Sedaya Upaya Membina Bandar Mampan dan Pintar #DemiPertiwi’ selaras dengan pembangunan negara ke arah Bandar Pintar yang mampan. 

Mengikut rekod catatan sejarah dan latar belakang, Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia adalah ilham dan usaha Prof. Carlos Maria Della Paolera, seorang cendikiawan Perancangan Bandar terkenal dari Universiti Buenos Aires Argentina.

Pada tahun 1949, beliau mencadangkan penubuhan satu organisasi perancangan bandar antarabangsa dan menetapkan 8 November setiap tahun sebagai Hari Perancangan Bandar Sedunia.

Di Malaysia, sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia buat pertama kalinya telah diadakan sejak tahun 1988.

Perancangan Bandar dan Desa memberi pengajaran dan erti hidup yang mampan dan bersepadu dalam mencari jalan kepadaNya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang memberi petunjuk jalan lurus dan ilmu yang haq.


 

Sistem Online

   Sistem online yang akan sentiasa menjadi rujukan adalah seperti berikut: https://osc3plus.kpkt.gov.my https://mail.mpkk.gov.my https://hr...